anak mama aisyah safiah berusia 18 hari..
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts
Rahsia penyusuan yang berjaya (^_^)
Wednesday, April 7, 2010
anak mama aisyah safiah berusia 18 hari..
Berikut adalah langkah2 berkesan bagi mnjayakan 'perjuangan' anda bagi memastikan si manja anda dapat menyusu dengan sempurna (^_^) mari kta kongsi bersama-sama.
1. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.
Alhamdulillah sy dapat mempraktikkannya. Yea, bila baby dah selamat dikeluarkan (auuchhh...) dan dibersihkan, nurse akan beri untuk disusui.. wahh first time dapat menyusukan. very touching moment.
2. Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
3. Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
4. Teknik terbaik penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat penting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastiakan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
i Bayi tenang tidak menangis
ii. Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
iii. Perut bayi bertemu perut ibu.
iv. Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
v. Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
vi. Punggung bayi diampu.
5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.
i. Mulut bayi terbuka luas.
ii. Dagu bayi menyentuh buah dada.
iii. Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
iv. Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
v. Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
5.3 Sekirannya bayi tidak melekap dengan betul.
i. Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
ii. Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.
6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
1. Bayi perlu melekap dengan betul.
2. Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
3. Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
4. Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
5. Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
6. Beri bayi menyusu di waktu malam.
7. Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.
sumber : mingguan wanita
PETUA MENAMBAH SUSU BADAN
Thursday, April 1, 2010
salam.
kurang susu badan? sedih kan. ermm actually saya pun pernah melaluinya... maklumla kalau seorang ibu yang bekerja mmg asyik memikirkan stock susu je (kdg2 suami pun kecil hati)hehehheh
di sini saya senaraikan petua yang TELAH dan AKAN saya amalkan utk memastikan 'BEKALAN MAKANAN' yang mencukupi bt puteri saya untuk dikongsi bersama.
petua-petua ni pun sy dapatkan dr menge'search'kan (ishh marah BDP cmeh :)) diri di internet / blog2 (mungkin juga di blog anda) dan melalui pembacaan sy.
pd pendptan sy, susu bdn akan bertmbh sekiranya penjagaan yg berterusan dr aspek pemakanan, minuman, psikologi, masa mengepam dan lain2 (urutan dan kepercayaan)
di bwh ni adalah petua2nya..
a. dari aspek pemakanan.........
Lobak Putih, Sawi, Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau kerabu.Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah bagus utk pekatkan susu, Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing, Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi, Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan , Kacang buncis, Kentang, Daging, Sayur Petola, Ulaman, Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese, Sup papaya, Buah Kurma, Kobis - masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan yg pure tau, Sayur Bendi ,Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.
b. dr aspek minuman pulaks
Minum susu - (alhamdulillah berkesan),
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya. (betul tue)
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya. (alhamdulillah berkesan sgt2)
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
Oat - selalunya sy minum campur dgn milo :)
milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina/ Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blendedMadu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert. saya amalkan minum jus kurma keluaran HPA (alhamdulillah berkesan)
NESVITA (campur oat)
Rebusan bunga kobis
air kelapa
Jus pegaga
air sengkuang cina
spirulina
daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
C) psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak, bayangkan juga telatah anak yg mencuit hati. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply
5) Petua dari my aunty seorang nurse perbidanan.. katanya pam ketika sebelum menyusukan bayi (direct feeding). masa tu kan breast penuh dgn susu. so lagi mudah utk mengepam dan banyak susu yang dihasilkan. so lepas 10 minit mengepam, baru direct feed pada baby. mungkn kita rasa breast da kosong, tp menurut auntie sy.. walaupun selepas kt mengepam dan kt fikir susu da habis, tapi hakikatnya susu sentiasa ada.. dan daya hisapan bayi adalah 'pam' yang paling berkesan utk mendapatkan susu.
d) Urutan
Ya, urutan juga dapat menambahkan susu badan. dengan berurut, liang2 susu akan berjalan dgn lancar. dan terbukti berkesan. masa proses berurut pun kita dapat menenagkan dan merehatkan badan yg keletihan. mana tak letih kan. bekerja, menyusukan, mengepam, mcm2 lah keje rumah yang x settle2. so dengan berurut ni, badan akan rasa rilex skit.. so dgn mental yang rilex ni.. air susu pun bertambah banyak. so far, sy berurut sebulan sekali. dan hasilnnya mmg memberangsangkan!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
