- Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
- Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
- Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
- Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
- Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
- Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
- Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
- Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
- Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.
Showing posts with label Breastfeeding Tips. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Tips. Show all posts
Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh
Wednesday, May 30, 2012
Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.
PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN
EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.
Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
Bayi menyusu di sebelah B shja...
Wednesday, November 23, 2011
Adalah normal bg segelintir ibu apabila terpaksa berhadapan dgn masalah begini.Sbg contoh,bayi disusukan menggunakan posisi Cradle Hold (mendukung) di payudara kanan namun apabila diubah ke payu dara kiri dalam posisi yg sama,dia menolak payu dara kiri.Berkemungkinan bayi selesa dgn posisi Cradle Hold dimana bahagian kiri badannya menghadap ke kulit ibu.
Dalam pada itu terdapat pelbagai faktor yg menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya sebelah payu dara.
Panduan memujuk
Saya juga pernah mengalami bilamana bayi hanya menyusu di sebelah kiri sahaja. kerana : saya selesa untuk memegang dan menyusukan di sebelah kiri. akibatnya bayi saya menolak bila di tawar pada B sebelah kanan.
Dan apa yg saya lakukan adalah ; menawar sebelah yang bermasalah setiap kali bayi bangun malam untuk menyusu dan ketika bayi 'was in the good mood' - waktu bangun pagi.
Lakukan dan biasakan! anda akan lihat perbezaannya.
kakak : suka kiri je, adik suka 2-2 belah.
*mama byk belajar kesilapan dlm bf masa di zaman kakak.
Dalam pada itu terdapat pelbagai faktor yg menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya sebelah payu dara.
- Keadaan bayi
- Fizikal payu dara
- Puting
- Kosmetik
- Jejas susu
Panduan memujuk
- Proses memujuk dan melatih bayi utk menerima payu dara yg tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Jangan sesekali memaksa bayi utk menerima dan menyukai payu dara bermasalah dlm masa singkat
- Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda.Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia mengenal dan mengecam bau anda.Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin
- Susukan bayi menerusi payu dara yg digemarinya terlebih dahulu.Apabila susu mula dirembes laju dikedua dua belah payu dara,secara perlahan-lahan tukar posisi bayi ke payu dara yg kurang digemari.Dengan cara ini,bayi tidak akan menolak payu dara tersebut krn aliran susu adalah lancar
- Anda juga boleh memulakan penyusuan dgn payu dara yg bermasalah setiap kali penyusuan.Namun,lakukannya ketika bayi didalam keadaan hampir tertidur,selesa atau tidak terlalu lapar dan ketika bayi bangun untuk menyusu pada waktu malam.
- Anda digalakkan utk memerah payu dara yg kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dgn selesa drpd payu dara tersebut.Malah,sepanjang proses menggalak bayi menerima payu dara yg tidak disukainya,jangan lupa utk memerah susu daripada payu dara sebelah lagi agar ransangan sentiasa ada dan mencukupi
- Lokasi penyusuan memainkan peranan penting.Suasana di sekeliling lokasi yg tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi
- Proses ini tidak berhasil dalam sekelip mata.Ia memerlukan beberapa hari atau minggu.Jangan sesekali berputus asa.Yakinkan diri bahawa anda boleh! Hati perlu cekal,tabah dan minda mesti kuat.
Saya juga pernah mengalami bilamana bayi hanya menyusu di sebelah kiri sahaja. kerana : saya selesa untuk memegang dan menyusukan di sebelah kiri. akibatnya bayi saya menolak bila di tawar pada B sebelah kanan.
Dan apa yg saya lakukan adalah ; menawar sebelah yang bermasalah setiap kali bayi bangun malam untuk menyusu dan ketika bayi 'was in the good mood' - waktu bangun pagi.
Lakukan dan biasakan! anda akan lihat perbezaannya.
kakak : suka kiri je, adik suka 2-2 belah.
*mama byk belajar kesilapan dlm bf masa di zaman kakak.
Cara saya menyusun Deep Freezer
Tuesday, November 22, 2011
Salam.
Hari ni saya nak share cara sy mengupdatekan Deep Freezer (DF) kesayangan sy. DF ni encik suami yg belanja beli.. walaupun masa tu dia masih full time student.. kirenya ni duit study loan lah.. hihih x ape kan. demi anak2!
Post ni adalah 'cara saya'. so, sy confident yg cara sy ni berkesan. DF perlu di susun sebab :-
1. senang utk applied FIFI (First In First Out) ; susu perahan @ EBM (Expressed Breast Milk) yang paling awal di masukkn dlm freezer, mestilah paling awal di keluarkan.
(kalau x, bila lagi nak guna EBM yg zaman2 awal di simpan tu?? nak tggu expired baru nak dikeluarkan? huhu sgt syg nyer nak buang kan)
Cara menyusun DF :-
1. Sepanjang tempoh berpantang, saya mula memerah pada hari ke -5. EBM kemudiannya di simpan di dalam breast milk storage bottle atau breast milk storage bag (boleh dapatkan di sini). Setiap EBM ditanda dengan (at least) TARIKH. bagi sy amat perlu untuk mommies utk note down nama baby jika baby nanti akan dihantar ke nursery. (kat nursery ramai dah sekarang ni yang bekalkan EBM)
2. Sebelum membeli DF, EBM hanya di simpan di dalam peti ais freezer shja. Bila dah penuh, perlu untuk transfer ke DF.
3. Masukkan EBM yang paling awal diperah ke dlm plastic bag dan TANDA dengan nombor 1.
4. Ulang langkah ke-3 TANDA dengan nombor seterusnya.
5. Masukkan bungkusan dengan NOMBOR TERBARU (contoh nombor 5).
6. Bungkusan NOMBOR 5 dimasukkan dahulu ke dalam DF, di ikuti NOMBOR 4 ---> NOMBOR 3 ---> NOMBOR 2 ---> dan paling atas adalah NOMBOR 1.

(nak transfer masuk DF)

(tengok EBM sy utk bungkusan No. 1 dan No. 2 kat atas) *senang kan nak ambil
Saya pun senang hati .. hihi =)
note ** mama x rajin nak menyusun DF*
Subscribe to:
Posts (Atom)