Ukuran saiz ada dalam artikel saya dibawah.
CARA AMALAN BENGKUNG MENGIKUT TRADISI MELAYU
Bengkung - Untuk ramping selepas bersalin.
Selepas  melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti  langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang  diwarisi sejak zaman nenek moyang.Rawatan membantu wanita mengembalikan  kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut  berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.Sekirannya  rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan  tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.Uniknya  bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada  tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk  memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.Bahan-bahan semula jadi  tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu  menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.Bahagian perut  wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang  tempoh pantang akan mengeleber.Tubuh perlu diurut untuk melancarkan  peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan  ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang  terkumpul di dalam tubuh.Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan  dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping  selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.
Panduan Berbarut atau Berbengkung
* Perlukah saya memakai bengkung?
* Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
* Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
* Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
* Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
* Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
* Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
Bengkung bersalin yang mudah di pakai tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk anda memakainya.
Di  perbuat daripada kain belacu dan kain kapas berwarna gelap di bahagian  hadapan untuk mengelakkan kelihatan kotor selepas memakai sapuan barut  di perut.
Bengkung zigzag telah di tambah baik mutunya untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.
Kelebihan memakai bengkung tradisional:
* Meramping dan mengempiskan perut
* Membentuk potongan badan dan punggung
* Menghalang perut masuk angin semasa berpantang
* Mengelakkan perut menggeleber
* Menghalang peranakan turun dari tempat asal.
Anda  boleh jadikan ukuran pinggang sebelum mengandung sebagai panduan untuk  memilih saiz bengkung yang lebih padan seperti di bawah :
S 24-27
M 28-32
L 33-37
XL 38-43
Kebanyakan  daripada anda yang sedang mengandung inginkan suasana berpantang yang  lebih selesa. Ini kerana selain merawat tubuh anda juga terpaksa  menumpukan perhatian kepada bayi yang masih kecil.
Bagaimana  pun kebanyakan anda pasti mengakui bahawa bukan senang hendak  berpantang! Lebih lebih lagi dengan berbagai ' cerita menarik' yang anda  dengar tentang pengalaman orang yang baru lepas bersalin.
Kesukaran sewaktu dalam pantang
Antara halangan yang paling ketara sekali ialah :
* Anda kurang mahir cara memakai yang betul
* Anda tak ada pembantu untuk menolong anda memakai bengkung sewaktu dalam pantang
* Anda tak ada sesiapa untuk menguruskan bayi setiap kali mahu memakai bengkung
*  Anda nakkan bengkung yang mudah di pakai tapi kebanyakkan orang tua  akan menyuruh anda menggunakan bengkung jawa yang bukan saja panjang  berjela , malah sangat sukar di pakai jika anda cuba memakai sendiri.
Ternyata  kesemua masalah tersebut menyebabkan anda yang memang teringin untuk  melangsingkan badan hanya berpantang sekerat jalan atau sekadar  melepaskan batuk di tangga.
Saya  faham . Tak ada wanita yang tak nak tubuh mereka kembali cantik dan  langsing seperti dulu ! Cuma niat anda sering terbantut dengan kesukaran  sewaktu memakai bengkung sewaktu dalam pantang.
Bengkung Zigzag
Bengkung  zigzag merupakan bengkung yang khas untuk di gunakan untuk ibu-ibu yang  baru bersalin. Ia membantu anda mengembalikan semula bentuk badan anda  kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai!
Bukan  saja ia bertujuan untuk membentuk semula bentuk tubuh seperti sediakala  anda malah ia juga membantu menguatkan semula otot yang regang dan  lemah akibat proses mengandung dan bersalin.
"  Bayangkan apa perasaan anda apabila melihat perut anda yang dulu kempis  dan leper kelihatan buncit seperti orang yang masih mengandung?"
Apakah anda mahu membiarkan saja perut anda buncit tanpa sebarang tindakan?
Saya pasti anda akan berkata TIDAK!
Keistimewaan Bengkung Zigzag
Kenapa anda perlu menggunakan bengkung zigzag ini? Anda harus mendapatkannya kerana :
Ia  ternyata amat mudah di pakai. Bengkung ini tersedia dengan tali yang  siap di jahit di kiri dan kanan kain bengkung untuk memudahkan anda  menggunakannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya masukkan tali  berselang seli di setiap lubang yang di sediakan di tepi kain.
Kain  bengkung yang selesa di pakai.Oleh kerana ia tersedia dengan 2 tali,  ikatan bengkung anda akan terasa lebih kemas dan kejap di badan tanpa  rasa longgar sewaktu duduk atau bergerak.
Kain  bengkung yang lebih tebal dan tahan lama . Oleh kerana bengkung zigzag  menggunakan kain belacu yang lebih tebal, kain bengkung tak mudah  terkoyak dan boleh di gunakan untuk kelahiran yang seterusnya. Ini  bermakna anda sudah pun berjimat !
Bukan itu sahaja, bayangkan selepas memiliki bengkung ini, anda juga akan dapati ......
Bagaimana  anda dapat meluangkan masa untuk berehat dan melayan kerenah bayi anda  yang mungkin meragam.Kini anda boleh dapat merehatkan badan atau  melakukan kerja-kerja yang lain kerana tempoh memakai bengkung yang  lebih pantas!
Anda  dapat saiz bengkung yang tepat dan bersesuaian dengan saiz tubuh anda.  Kebanyakan kain bengkung yang ada di pasaran hanya menyediakan 'free  size' yang mana ia mungkin terlalu besar atau terlalu kecil dengan  bentuk tubuh anda. Dengan 4 saiz yang berlainan iaitu S, M, L dan XL  anda tak perlu lagi menjahit semula kain bengkung supaya lebih kejap di  badan apabila di sarung!
Amat  mudah membersihkannya. Kebanyakan bengkung hanya menggunakan kain  belacu sahaja yang menyebabkan kain cepat nampak kotor!Bengkung zigzag  di reka khas dengan di jahit menggunakan kain kapas berwaran gelap di  hadapan supaya mudah di bersihkan apabila anda mahu membasuhnya.Ia tidak  nampak comot selepas anda menyapu ubat barut di perut anda.
Dan banyak lagi...........
Bagaimana cara nak pakai bengkung ini?
Langkah #1
· Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan.
· Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri.
Langkah # 2
· Masukkan tali di sebelah kiri ke lubang jahitan di sebelah kanan dari bawah.
·  Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli  sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.
Langkah # 3
·  Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali  yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang ( seperti anda  mengikat tali kasut yang panjang )
· Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.
 
No comments:
Post a Comment