Followers

Bayi menyusu di sebelah B shja...

Wednesday, November 23, 2011

Adalah normal bg segelintir ibu apabila terpaksa berhadapan dgn masalah begini.Sbg contoh,bayi disusukan menggunakan posisi Cradle Hold (mendukung) di payudara kanan namun apabila diubah ke payu dara kiri dalam posisi yg sama,dia menolak payu dara kiri.Berkemungkinan bayi selesa dgn posisi Cradle Hold  dimana bahagian kiri badannya menghadap ke kulit ibu.
Dalam pada itu terdapat pelbagai faktor yg menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya sebelah payu dara.

  1. Keadaan bayi
  2. Fizikal payu dara
  3. Puting
  4. Kosmetik
  5. Jejas susu
 Situasi sebegini menjadi sebab mengapa kuantiti susu yang tidak sama setiap kali sessi mengepam.

Panduan memujuk

  • Proses memujuk dan melatih bayi utk menerima payu dara yg tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Jangan sesekali memaksa bayi utk menerima dan menyukai payu dara bermasalah dlm masa singkat
  • Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda.Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia mengenal dan mengecam bau anda.Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin
  • Susukan bayi menerusi payu dara yg digemarinya terlebih dahulu.Apabila susu mula dirembes laju dikedua dua belah payu dara,secara perlahan-lahan tukar posisi bayi ke payu dara yg kurang digemari.Dengan cara ini,bayi tidak akan menolak payu dara tersebut krn aliran susu adalah lancar
  • Anda juga boleh memulakan penyusuan dgn payu dara yg bermasalah setiap kali penyusuan.Namun,lakukannya ketika bayi didalam keadaan hampir tertidur,selesa atau tidak terlalu lapar dan ketika bayi bangun untuk menyusu pada waktu malam.
  • Anda digalakkan utk memerah payu dara yg kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dgn selesa drpd payu dara tersebut.Malah,sepanjang proses menggalak bayi menerima payu dara yg tidak disukainya,jangan lupa utk memerah susu daripada payu dara sebelah lagi agar ransangan sentiasa ada dan mencukupi
  • Lokasi penyusuan memainkan peranan penting.Suasana di sekeliling lokasi yg tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi
  • Proses ini tidak berhasil dalam sekelip mata.Ia memerlukan beberapa hari atau minggu.Jangan sesekali berputus asa.Yakinkan diri bahawa anda boleh! Hati perlu cekal,tabah dan minda mesti kuat.
* petikan daripada KIM

Saya juga pernah mengalami bilamana bayi hanya menyusu di sebelah kiri sahaja. kerana : saya selesa untuk memegang dan menyusukan di sebelah kiri. akibatnya bayi saya menolak bila di tawar pada B sebelah kanan.

Dan apa yg saya lakukan adalah ; menawar sebelah yang bermasalah setiap kali bayi bangun malam untuk menyusu dan ketika bayi 'was in the good mood' - waktu bangun pagi.

Lakukan dan biasakan! anda akan lihat perbezaannya.

 kakak : suka kiri je, adik suka 2-2 belah.
*mama byk belajar kesilapan dlm bf masa di zaman kakak.

Cara saya menyusun Deep Freezer

Tuesday, November 22, 2011

Salam.

Hari ni saya nak share cara sy mengupdatekan Deep Freezer (DF) kesayangan sy. DF ni encik suami yg belanja beli.. walaupun masa tu dia masih full time student.. kirenya ni duit study loan lah.. hihih x ape kan. demi anak2!

Post ni adalah 'cara saya'. so, sy confident yg cara sy ni berkesan. DF perlu di susun sebab :-

1. senang utk applied FIFI (First In First Out) ; susu perahan @ EBM (Expressed Breast Milk) yang paling awal di masukkn dlm freezer, mestilah paling awal di keluarkan.
(kalau x, bila lagi nak guna EBM yg zaman2 awal di simpan tu?? nak tggu expired baru nak dikeluarkan? huhu sgt syg nyer nak buang kan)

Cara menyusun DF :-

1. Sepanjang tempoh berpantang, saya mula memerah pada hari ke -5. EBM kemudiannya di simpan di dalam breast milk storage bottle atau breast milk storage bag (boleh dapatkan di sini). Setiap EBM ditanda dengan (at least) TARIKH. bagi sy amat perlu untuk mommies utk note down nama baby jika baby nanti akan dihantar ke nursery. (kat nursery ramai dah sekarang ni yang bekalkan EBM)

2. Sebelum membeli DF, EBM hanya di simpan di dalam peti ais freezer shja. Bila dah penuh, perlu untuk transfer ke DF.


(nak transfer masuk DF)

3. Masukkan EBM yang paling awal diperah ke dlm plastic bag dan TANDA dengan nombor 1.


4. Ulang langkah ke-3 TANDA dengan nombor seterusnya.


5. Masukkan bungkusan dengan NOMBOR TERBARU (contoh nombor 5).

6. Bungkusan NOMBOR 5 dimasukkan dahulu ke dalam DF, di ikuti NOMBOR 4 ---> NOMBOR 3 ---> NOMBOR 2 ---> dan paling atas adalah NOMBOR 1.


(tengok EBM sy utk bungkusan No. 1 dan No. 2 kat atas) *senang kan nak ambil

Saya pun senang hati .. hihi =)

note ** mama x rajin nak menyusun DF*

Free Delivery!!

Starting 1st November 2011 onwards, customers entitle to get FREE DELIVERY for any purchased more than RM 300.00 in single receipt.

*Sorry available only for Peninsular Malaysia.



* We very appreciated to all return customer and for new customers, WELCOME and have a nice shopping here.